Tetap tersenyum walau diuji .

Assalamualaikum semua .

Aku tahu semua orang pernah di uji dalam kehidupan seharian mereka . mungkin kau dan kau juga pernah merasa di uji . tapi mampukah kau tetap tersenyum apabila kau di uji . Tahap seseorang manusia itu di uji pun berbeza . Tapi Allah takkan menguji melebihi kemampuan hambanya . Walaupun kita belum jumpa penamatnya . Walaupun hati kita berdebar dengan apa yang bakal kita tempuhi tetapi teruskan berjalan dan bermohon supaya kita di beri kekuatan .

Pernaah dengar tak kisah seorang perempuan yang hasratnya baik ingin menolong kupu-kupu yang dilihatnya susah untuk keluar dari kepompong . Lalu dia mengambil gunting dan memotong kepompong tersebut . Dengan harapan sayap kupu-kupu tersebut akan terbuka , membesar dan berkembang . Tetapi wanita itu hampa apabila kupu-kupu tersebut tidak mampu terbang dan hanya merangkak .

Wanita baik hati itu tidak mengerti bahawa kepompong yang menjerat  dan perjuangan yang diperlukan oleh kupu-kupu untuk keluar dari lubang kecil itu adalah cara ALLAH untuk mendorong cairan tubuh dari kupu-kupu ke sayapnya, agar kuat dan siap untuk terbang setelah bebas dari kepompongnya nanti. 

Begitulah juga kita sebagai manusia . Apabila Allah membolehkan kita hidup tanpa di uji  , itu hanya membuatkan kita lemah dan kita tak akan sekuat sekarang dan berjaya seperti hari ini . 










No comments:

Post a Comment

Blogger templates

blog description