semoga bahagia milik kita

Awak , tak apa la kalau kita tak kaya . Nanti kita cari rezeki yang halal sama-sama. Sederhana pun cukup bagi saya .

Awak, tak apa la kerja biasa-biasa . Janji tiap malam awak ada disisi saya . Itu pun cukup bagi saya untuk kita luangkan masa bersama-sama.

Mungkin, sekarang kita bersama atas semua kekurangan. Dan nanti awak jangan lupakan saya bila awak dah berharta .

Biasalah manusia selalu lupa bila dah berharta benda .

Awak beritahu saya awak nak hidup dengan saya. Saya terima sebab saya pun banyak kekurangan.

Dan awak tanya , ''kenapa awak tak pernah mintak apa-apa dari saya? hadiah dan sebagainya?'' . Saya jawab , tak apa semua tu saya boleh usaha dapatkan sendiri.

Lalu awak ucap ''terima kasih kerana ada''. Semoga bahagia milik kita.

#jiwang terok

tutorial letak tweets di blog

assalamualaikum . after a long time tak post apa-apa dekat blog ni , baru harini nak post balik . so harini saya akan tunjukkan tutorial cara nak letak tweets dekat blog engkorang semua.



So , firstly korang pergi dekat korang punya twitter and then pergi ke setting kemudian pilih widgets.


lepas dah pergi ke widget so enkorang buat la apa yang patut , saya recommend kan guna height 350 kemudian dah siap semua copy url


bila dah siap semua and then create widget . lepas tu copy url pergi dekat add html and paste dekat situ

resepi kerabu mangga.

cara-cara buat kerabu mangga.



bahan-bahan yang perlu ada :

1)mangga muda
2)bunga kantan
3)bawang merah
3)cili hidup

okay mula-mula mangga tu kita parut atau racik halus-halus . kemudian semua bahan-bahan kat atas ni kita siang halus-halus kemudian gaulkan . kalau sesiapa yang suka masam-masam pedas , saya syorkan guna cili padi atau cili padi . ada jugak yang gunakan kacang yang dikisar kemudian campurkan . tapi tu ikut atas minat masing-masing la . bagi sesiapa yang tak minat tak payah letak semua . kemudian dah gaulkan boleh la dihidangkan .

bila kita ditimpa musibah barulah kita akan mula mendongak.

Hari ini aku tergerak nak bercerita tentang kisah seorang pemuda dengan duit syiling.

wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen . Melihat logam kecil itu ,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja .

tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya . Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh darinya . Dia toleh ke kiri dan kanan ddan sekelilingnya . tiada siapa yang berdekatan dengannya.

Sekali lagi dia mengambil syiling itu dan simpan dalam koceknya . tak lama kemudian lelaki tu nampak lagi duit syiling , pun sama terus diambilnya.

''Rezeki aku'' kata dia dalam hati .Lelaki itu tak sedar sebenarnya syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunannya.

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya . Puas ketuanya menjerit dari aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yang berada di aras paling bawah sekali.

Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut . Banyak kali dipanggil tak didengar olehnya.

Dek kerana itu,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.


Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.Namun begitu,pekerjanya itu masih jugak tak dengar.


Sayangnya, sehingga habis wang syiling ketuanya itu dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.


Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.


Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.lelaki tu mendongak atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang terkena dia tadi.


Selepas mendongak atas,Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.


Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (nikmat ), sebagai rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita.


Tetapi, acap kali kita lalai utk ‘mendongak’ ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan kata syukur


Allah memberi kit ‘nikmat’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya


Tetapi terkadang kita lupa untuk mensyukuri segala nikmat yang kita ada,nikmat kesihatan,nikmat kekayaan,segala yang kita ada sekarang ni.


Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,bila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian pekerjanya itu,


Ketuanya lalu jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan kepada pekerjanya.


Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan untuk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita




Kalau anda perasan,bila kita sakit.Kita seringkali menyebut nama الله,seringkali mencari الله berbanding mencari & memanggil ibubapa sendiri

Reflect yourself dear.

Assalamualaikum , dah lama gila rasanya aku tak berjiwang jawang kat blog aku ni . tangan aku dah gian nak menaip hoho . ok stop . jom start.


Kau pernah rasa  tak yang orang tak hargai diri kau , tak memahami diri kau , tak dapat terima baik buruk kau . Kau rasa macam selama ni kau yang banyak paham orang , hargai orang tapi apa yang kau dapat ? nothing . zero .

Tapi kau pernah reflect balik diri kau . maksud aku attitude kau terhadap orang sekeliling ?

Once in your lifetime , you should do a reflection towards yourself . maksud aku diri depan cermin dan fikir balik apa yang kau pernah buat .takyah depan cermin pun takpe . sekurang-kurangnya sebelum tidur , kau ambil masa fikir apa yang kau buat sepanjang hari .

Kadang-kadang kita tak sedar percakapan kita ni menyinggung hati dan perasaan orang . Kadang-kadang kita rasa diri kita je betul . kadang-kadang kita ni terlalu memilih orang yang kita nak berkawan . yela ada orang nak kawan yang pandai je , cantik je , kaya je . yang tak cantik , tak pandai , tak kaya , kau hina . Kita ni manusia biasa je . Dekat atas sana ada yang lagi besar dan berkuasa dari kita yang tengah perhatikan kita .

bukan aku tak pernah jumpa manusia macam ni . kita kena ingat hidup kita ni macam roda . tak selamanya kita di atas .

Kadang-kadang nikmat yang Allah bagi tu lagi menjauhkan kita dariNya .

Bila kita reflect balik apa yang kita buat , insyaAllah kita akan tahu kenapa orang tak hargai kita , tak faham kita . mungkin kita tak ikhlas dalam nak memahami orang , tak ikhlas dalam nak menghargai orang .

Kalau niat kita dah ikhlas tapi tetap orang lain buat macam tu jugak dekat kita . penyelesaian dia satu je . Sabar dan berdoa . Kita masih punya Allah yang tak pernah penat mendengar rintihan kita .





ikan kembung masak 3 rasa .



ok kali ni aku nak share resepi ikan kembung masak 3 rasa pulak . sebab dah bosan asyik masak sambal n masak lemak cili padi . so boleh la try resepi ni .


bahan utama:
ikan kembung yang sudah siap disiang dan dibersihkan.

bahan-bahan dicincang halus:
1 biji bawang merah/ bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah 
5 biji cili padi(kalau nak pedas sikit la)
2 sudu besar cili kering yang sudah siap dikisar

cara membuatnya:

1) mula-mula panaskan periuk dan letak sedikit minyak di dalamnya , masukkan air dan biar ia mendidih.
2) kemudian masukkan ikan dan biarkan ikan tersebut masak.
3) asingkan ikan tersebut.

cara untuk membuat sos 3 rasa:

1)panaskan minyak dan masukkan cili kering . goreng sehingga garing
2) kemudian masukkan bahan-bahan yang dicincang halus.
3) tambah sos cili , sos blackpaper , sos tiram , perahan limau , garam , gula , kicap manis secukup rasa.


taburkan kuah tersebut di atas ikan dan hidangkan.

Tetap tersenyum walau diuji .

Assalamualaikum semua .

Aku tahu semua orang pernah di uji dalam kehidupan seharian mereka . mungkin kau dan kau juga pernah merasa di uji . tapi mampukah kau tetap tersenyum apabila kau di uji . Tahap seseorang manusia itu di uji pun berbeza . Tapi Allah takkan menguji melebihi kemampuan hambanya . Walaupun kita belum jumpa penamatnya . Walaupun hati kita berdebar dengan apa yang bakal kita tempuhi tetapi teruskan berjalan dan bermohon supaya kita di beri kekuatan .

Pernaah dengar tak kisah seorang perempuan yang hasratnya baik ingin menolong kupu-kupu yang dilihatnya susah untuk keluar dari kepompong . Lalu dia mengambil gunting dan memotong kepompong tersebut . Dengan harapan sayap kupu-kupu tersebut akan terbuka , membesar dan berkembang . Tetapi wanita itu hampa apabila kupu-kupu tersebut tidak mampu terbang dan hanya merangkak .

Wanita baik hati itu tidak mengerti bahawa kepompong yang menjerat  dan perjuangan yang diperlukan oleh kupu-kupu untuk keluar dari lubang kecil itu adalah cara ALLAH untuk mendorong cairan tubuh dari kupu-kupu ke sayapnya, agar kuat dan siap untuk terbang setelah bebas dari kepompongnya nanti. 

Begitulah juga kita sebagai manusia . Apabila Allah membolehkan kita hidup tanpa di uji  , itu hanya membuatkan kita lemah dan kita tak akan sekuat sekarang dan berjaya seperti hari ini . 










TO BOYS WHO DISAPPEAR COMPLETELY



ok actually post ni aku copy dari terfaktabzine.blogspot.com

post ni aku copy sebab sangat la sesuai dengan apa yang aku rasa , apa yang aku lalui sekarang ni . siapa yang nak baca boleh tengok dekat link ni http://terfaktabzine.blogspot.com/2014/05/to-boys-who-disappear-completely.html . aku tak pandai describe apa yang aku rasa tapi post ni memang describe apa yang aku rasa




To Boys Who Disappear Completely.

There are things that happened in life and we just don't know why they happened. Whether it is for bad or good, or both of it, most of the incidents that happens to you will change you, will shape you into another person, to have another perceptions and ways of thinking. None of those events were insignificant. Countless relationships that begins with the sweetest memories and ended up with reasons that you cannot comprehend. Even when later, you have new people who will stick around and love you until death, you will never forget the ones who breaks you, the one who ask for your heart and devour it with greed, and then leave.

And for that, I would like to say fuck you.
To the boys who disappeared completely.



There are times when I refuse to love again and I feel that my heart is as cold as the deepest ocean, and I blame those boys. I blame them for making me feel the wrath of hell of being heartbroken. I blame those boys who leave because I couldn't stop thinking about all the promises they have made before, and I couldn't accept that people change, for better or for worst. I couldn't accept how bitter I am. Love songs annoys me, couples holding hands making me cringe and I purposely make my life a lot more miserable by caving in from other people. I just...shut it all out.

I couldn't blame myself when people are questioning my bitterness, because of the selfishness I felt in me. They said time will heal all the broken hearts and wounds. But each day, I woke up, sweating, experiencing night terrors of remembering every happy moments I've once had. The feeling is beyond terrifying. It splits myself into two, the one who wanted to be happy again, the one who misses all the explosions of feelings and desires to be someone else's. And there is me, my present self, who just wanted to stay away from the world and protect whatever pieces I have left in me. I refused to let anyone in.

But for that, I would like to say thank you.
To the boys who disappeared completely without a trace.

Because during that moment of bitterness, I have learned to make improvements of myself. I have learn that the ultimate of love is when you learn to love yourself. To accept every disfigured limbs, ugly scars and rain of thoughts. I have learn to be more focus towards my goals in life, to appreciate every single kindness that I have received. Most importantly, I have learn to relate with people, to see straight into their eyes and feel the sadness that they have repressed. Just like me.

The biggest connection between humans is not happiness, but pain. Along the journey of moving on from the trauma of being left by the boys who disappeared completely, I have learn to help others to mend their wounds, and it helps me. I realized that with every broken souls I have met, my sadness didn't matters. Having my revenge doesn't matter too. It wouldn't change anything. I have learned to make use of it to gain a better insight in life. I didn't even feared Death because it is not me who have hurt and murdered the love in others, but you, the boy who disappeared completely.


You're the one who is at lost in life. You're the one who consistently breaking other people's dream and ran away from it. You are a coward. Indecisive, you don't even know what you want. You are just a boy who love to play around without the intention to commit. You are not yet a man, you haven't grow a pair of balls. I would like to see how will you answer before God about your notorious reputations. 

You will be sorry, for disappearing completely, for running away from all the conflicts and mess you've caused. You have rejected your own responsibilities to atleast end it properly. You choose to disappear without a trace. When the time comes, there will be no one for you to ask forgiveness from. And I promised you, when it is time for you to depart with Death, every flashes of every tears of another human you've caused will make you shudder.

Until then dear boys, I wish you the very best in life.

jika jatuh jangan lupa untuk bangun

setiap orang pernah berasa kecewa kan ? kekecewaan yang begitu melemahkan diri . dan aku yakin setiap orang pernah berasa sedih dan putus harapan . pernah kau berasa begitu kecewa sebab result kau tak begitu memberansangkan seperti kawan-kawan kau yang lain ? kau rasa macam putus asa untuk terus berusaha . pernah kau rasa sedih sangat-sangat sebab orang yang kau begitu sayang , orang yang kau begitu cinta tinggalkan kau macam tu je ? dia langsung tak hargai cinta kau selama ni ? pernah kau rasa kau kehilangan salah seorang atau kedua dua ibu bapa kau ? kau rasa apa ertinya kau terus hidup tetapi ibu atau bapa kau sudah tiada . kau silap . jangan pernah kau rasa berputus asa dengan semua itu .

sebab orang yang kuat ialah orang yang akan bangkit semula apabila dia jatuh . jika result kau tak begitu bagus apa kata kau tekadkan azam untuk terus berusaha pada masa akan datang . apa kata kau buktikan pada semua orang yang kau pun boleh berjaya .

jika kau ditinggalkan oleh orang yang kau sayang , orang yang kau cinta . apa kata kau lawan rasa sakit tu ? kau redha dengan takdir tuhan . sebab Allah nak gantikan dia dengan seseorang yang lebih baik . mungkin masa belum sesuai untuk kau bercinta . ataupun kau layak untuk memiliki seseorang yang lebih baik dari dia . kau jugak kena ingat jika dia jodoh kau , terpisah macam mana pun InsyaAllah korang akan bertemu juga .

jika kau kehilangan ibu bapa kau . apa kata kau teruskan hidup kau seperti biasa . apa kata kau doakan mereka dari kau terus meratapi pemergian mereka ? kalau diaorang masih hidup mesti diaorang nak lihat anak-anak diaorang bahagia kan ? mesti diaorang nak anak-anak diaorang berjaya . apa kata kau tunaikan impian mereka ? kau jadi anak yang berbakti kepada orang tua . sebab apabila kita sudah meninggal dunia maka terputus la semua amalan kita kecuali 3 amalan iaitu doa anak yang soleh , amal jariah dan ilmu yang bermanfaat . jadi berbaktilah kepada kedua orang tua kita walaupun mereka telah meninggal dunia .

aku tahu cakap memang mudah tapi untuk buat semua perkara tu sangat-sangat susah . tapi sekurang-kurangnya kita boleh cuba kan ? jangan berhenti berharap dan yakinlah bahawa perancangan Allah itu hebat.



cara nak tahu lelaki betul-betul sukakan perempuan

assalamualaikum !

hello peeps . so hari ni aku nak share sikit pasal cara nak tahu lelaki betul-betul sukakan perempuan . even macam mengarut tapi percaya la ramai perempuan nak tahu pasal ni . and one of my friends pun pernah tanya soalan macam ni . actually susah juga kite nak teka hati dan perasaan seseorang . ni based on ape yang aku tahu la .

1) kalau lelaki tu betul-betul sukakan perempuan tu dia akan selalu call / mesej perempuan kerap dan selalu . kadang-kadang tu dia takde topik pun nak cakap tapi saja je nak dengar suara korang .

2) dia tahu apa yang korang suka dan apa yang korang minat . aku rasa kalau lelaki tu takde pape perasaan dekat seseorang perempuan tu , buat apa la dieorang nak kisah perempuan tu minat apa dan suka apa . even kadang-kadang ada certain boyfie pun tak tahu apa yang girlfriend dia suka dan minat , inikan pulak kalau lelaki tu takde perasaan langsung kat perempuan tu so how come lelaki tu nak ambil tahu.

3)dia akan kenalkan perempuan tu dekat family dengan kawan-kawan dia . tapi bagi aku family tu macam dah terlalu serius sangat . sebab susah nak jumpa lelaki yang nak kenalkan perempuan tu dekat family dia kalau dia tak serius . kalau kawan tu betul , mungkin dia nak kawan-kawan dia tahu yang dia sukakan perempuan tu .

4)cemburu . dia akan cemburu bila perempuan tu cerita pasal lelaki lain dekat dia . yela mesti dia akan rasa tergugat .

5)dia akan risau bila orang yang dia suka tu sakit .

actually banyak lagi aku nak cerita tapi tak sempat sebab aku pun ade kerja nak buat . next time I'll tell you cara nak tahu lelaki betul-betul sukakan perempuan . 

Blogger templates

blog description