penyakit insomnia

assalamualaikum !
hello peeps !

hari nie aku tergerak nak cerita pasal imsomnia la . imsonia nie bagi siapa yang tak tahu ialah penyakit sukar tidur malam . aku bukan nak terangkan pasal penyakit nie sebab korang sendiri boleh search dekat google . aku nak cerita pengalaman sebagai penghidap insomnia .


seriously memang seksa gila bila kena penyakit nie . penyakit nie tak merbahaya sangat pun kecuali la kalau dah betul-betul kronik sampai boleh ganggu rutin harian . yang tak bestnya kena penyakit nie ialah kau susah nak tidur malam . aku start kena benda nie masa form 4 . dah la duduk asrama peh memang seksa la . apa yang seksanya ? meh aku nak habaq mai sikit .

cuba kau bayangkan suasana asrama waktu tengah malam , sunyi sepi lagi-lagi waktu pukul 2 3 pagi tu . and waktu tu pulak kau tak boleh tidur and kau sorang je yang terjaga . even kawan kau kat sebelah pun kau still akan rasa cuak . aku bila suasana dah sunyi sepi waktu malam and aku tak boleh tidur akan membuatkan aku jadi paranoid . paranoid nie fikir yang bukan-bukan . masa tu aku duduk dekat aras gs 1st floor . tu dekat asrama aku . aras tu pulak dah macam-macam orang dengar cerita kena kacau la , itu la ini la . masa pukul 1 aku chill lagi . masuk pukul 2 pukul 3 rasa berdebar-debar sebab memang betul-betul sunyi . time tu jugak la nak dengar macam-macam bunyik . paling ketara sekali bunyi orang jalan , macam jalan ke arah kita tapi tak muncul-muncul . kalau siapa kat tempat aku masa tu mesti rasa nak nangis . pernah sekali tu pukul 5 baru boleh tido . pukul 6 lebih dah kena bangun sebab nak pergi subuh . memang masa tu aku rasa macam nak hantuk kepala kat dinding je sebab tak cukup tidur . seksa nak kena tahan mata pergi kelas sampai pukul 4.30 petang .

tapi disebabkan aku tak tahan , aku try search dekat google doa untuk orang yang tak boleh tidur malam .

maksudnya : Ya Allah , sunyilah semua bintang dan tenanglah semua mata . Dan tuhan yang hidup dan berdiri sendiri . Tuhan tidak mengantuk dan tidak tidur . Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri . Tenangkanlah malam ku ini dan tidurlah mataku .

ayat nie kita tulis atas kertas then masa nak tidur tu baca . kertas tu kita lipat dan letak bawah bantal . Alhamdulillah la memang lepas tu aku berjaya tidur . letak je kepala kat bantal terus rasa nak tidur . takde la terkebil-kebil mata aku pandang syiling . disebabkan roommate aku suka gabung katil masa nak tidur sebab asrama kitaorang satu bilik 4 katil . malam tu aku tak jadi nak gabung katil sebab aku pun dah senang nak tidur . alih-alih aku tersedar roommate aku kena marah dengan warden sebab ubah susunan katil . masa tu aku terselamat la dari kena marah hihi .

bila naik form 5 tukar bilik baru , mula la aku start tak boleh tidur lagi . bila dekat rumah aku tak kesah sebab aku boleh tengok cerita korea sampai aku ngantuk . pernah masa one day tu aku dengan roommate aku gabung empat-empat katil sekali . aku tidur tengah la sebab aku tak suka tidur tepi . kawan-kawan aku pun dah faham yang aku nie memang penakut yang amat sebab selalu tak boleh tidur malam . malam tu malam yang tenang je aku rasa . so disebabkan malam tu malam yang tenang , aku pun rasa senang je nak tidur . tiba-tiba masa pukul 2 lebih kowt tiba-tiba kawan aku yang paling tepi sekali , sebelah aku la tiba-tiba dia menjerit ''Allahuakbar!'' then dia melompat kat sebelah aku . masa tu aku dah nak terlena dah tiba-tiba dia menjerit , terkejut aku . aku tanya dia ''kau kenapa nie farhana ?'' . dia pun dengan cuak nya cakap ''aku rasa ada rambut panjang kat atas kepala aku '' . mula -mula aku chillex je . cool je la . aku cakap ngan dia ala takde pape tu . dia pun mintak aku tidur tepi sekali .

tiba-tiba aku rasa cuak semacam je . dah la aku kena tidur tepi sekali . peh memang mata tu tak boleh nak lelap . last-last aku pergi tidur bilik sebelah . huh memang susah la ada penyakit insomnia nie . aku rasa disebabkan aku ada penyakit insomnia nie la aku kena kacau . tapi takde la teruk sangat pun . kalau nak cerita pengalaman kena kacau tu memang panjang arh . so bagi sesiapa yang ada penyakit insomnia tu try ah amalkan ayat tu . InsyaAllah berkesan . goodluck baby 

don't promise me forever



credit: don't promise me forever-dean walley
zackzukhairi.blogspot.com
















kelebihan dan kekurangan maxis , celcom , digi

assalamualaikum !

hari nie aku nak cakap mengenai tajuk di atas . ada orang still confius sama ada nak guna celcom , maxis atau digi . aku terlintas nak tulis pasal entry nie sebab ada one of my friend yang tanya apa kelebihan digi dan celcom sebab dia tak tahu sama ada nak pilih digi atau celcom .



ok now jom kita cakap mengenai MAXIS/HOTLINK .
sekarang nie aku guna maxis . dah dekat 5 tahun dah aku guna maxis . kebanyakkan orang guna maxis sebab 98% kawan-kawan diaorang termasuk aku guna maxis . walaupun maxis kadang-kadang tarik duit orang tapi still orang guna maxis . kelebihan maxis nie ialah kita akan dapat free call sebagai bonus hari jadi .tapi satu hari jela . maxis sekarang boleh buat panggilan RM1 satu jam dengan menggunakan 131 , kalau kita tak topup selama sebulan pun dia takkan batalkan number kita . tapi keburukan maxis nie , sim kad akan suddenly rosak . aku dah 2 kali tukar number sebab simkad rosak .

ok sekarang CELCOM .
aku guna 2 number . maxis dengan celcom . tapi celcom nie kena pandai pilih plan . ada plan SOX , UOX , CELCOM BLUE dengan X2 . sebenarnya ada lagi plan celcom nie . korang kena pandai pilih la . kalau siapa yang guna celcom blue , celcom blue nie mahal sebab ayah aku pernah guna . mesej mahal , call pun mahal . kalau nak jimat guna SOX atau UOX . SOX nie untuk pelajar sebab tu murah . kita topup RM10 boleh tahan sampai sebulan . kalau call sama talian iaitu celcom ke celcom seriously memang murah . paling tak best guna pelan X2 sebab sekarang nie aku guna plan X2 . yang tak bestnya kalau topup RM5 boleh tahan selama 3 hari je . lepas tu dah expired . tapi plan X2 nie kalau call orang memang murah . tak kesah la sama talian atau tak . kalau mesej pun cuma 1 sen je . tapi celcom pun kadang-kadang telan duit orang tanpa pemberitahuan . tapi faktor orang ramai pakai celcom adalah disebabkan faktor kawan-kawan dan keluarga . tapi lagi murah pakai celcom berbanding maxis . lagi satu celcom nie syarikat orang melayu tau .

ok sekarang DIGI pulak
actually aku tak pernah pakai digi pun tapi aku memang nak try pakai digi . aku tahu mengenai digi nie pun sebab tanya kawan-kawan yang pakai digi . bagi aku digi nie memang ok tapi aku pelik kenapa tak ramai yang pakai digi . bagi siapa yang guna digi easy nie memang best . apa yang best nya digi easy nie ialah panggilan percuma kepada Buddynya .apa yang korang perlu buat ialah pilih tiga orang buddy dan aktifkan number diaorang dan pastikan number korang tu aktif untuk buat panggilan . korang boleh mesej , call dan buat panggilan video secara percuma dekat 3 orang buddy nie . tapi korang kena reload 10 hari sekali RM10 . tapi digi easy nie pun ada kelemahan gak which is panggilan suara ke number selain buddy mahal . selain tu , panggilan akan terputus setiap kali 45 minit . selain tu gak korang kena reload setiap 10 hari untuk kekal aktif . bagi siapa yang suka guna internet , baik guna digi prepaid smart plan sebab jimat . cuma kelemahan digi nie selalu takde line bila dekat kawasan pedalaman atau kampung .

so mungkin ada yang bersetuju dan mungkin ada yang tak berstuju dengan apa yang aku cakap nie tapi terpulang dekat individu tu untuk buat keputusan . pandai-pandailah buat pilihan ok . 

kenapa perempuan cepat sayang orang yang baru dia kenal

well mesti pelik gila kan dengan tajuk entry tu . ok actually takde orang kisah pun . aku tulis entry nie pun sebab ada orang tanya soalan camtu dekat aku . bila nak jawab sesuatu soalan tu kena pikir panjang-panjang dulu sebab susah nak bagi jawapan spontan kan .

actually kan tak semua perempuan macam tu tau . yela mesti ada sebab kenapa hati seseorang tu berubah kan . selalunya benda nie happen bila perempuan tu dah couple / bercinta dengan laki tu lebih dari 3 tahun . aku cakap nie based on pengalaman . bukan aku la sebab aku tak pernah bercinta sampai 3 tahun nie haha .

dah 3 orang dah aku jumpa tau jadi cam nie . selalunya bila dah 3 tahun bercinta then putus , aku tengok lelaki yang susah nak lupakan perempuan . ada yang sampai merana kowt . tapi biasalah manusia . bila time orang tu ada dia taknak hargai bila orang tu dah blah baru nak sedih-sedih . 3 orang lelaki yang aku kenal and tiga-tiga tu alami benda yang sama .

 contoh seorang kawan aku nie , ex dia tu dah dua kali couple putus tapi dia still tak boleh lupakan that girl . dulu masa tengah bercinta , awek dia tu dia maki-maki , dia ego , dia tak ambik berat . biasalah lelaki bila dah masuk comfort zone , diorang dah tak excited macam masa mula-mula bercinta dulu . lepas awek dia blah baru nak menyesal . biasalah perempuan , bila ada orang yang lebih sayangkan dia , lebih ambil berat , lebih bagi perhatian memang la hati dia akan berubah .

dari dia dok makan hati dengan pakwe dia tu , baik dia pilih orang yang lebih prihatin dekat dia .
contoh abang aku . dia dah bercinta dengan awek dia 3 tahun lebih . bila dah masuk comfort zone dia macam dah tak kesah dengan awek dia tu . bila perempuan tu call , text , dia rasa macam malas nak reply . tapi bila ade lelaki yang baik hati nak topupkan gf dia tu tahu pulak dia melenting macam orang hilang akai .
dah tu kau kedekut sangat . dulu bukan main lagi sayang sampai mati . belum dapat mulut manis je . bila dah lama-lama bosan . aku cakap la kalau gf dia tu dah ade boyfriend lain , kau pun pergi la carik gf lain . dia taknak pulak sebab dia kata tak sama . susah nak carik perempuan yang memahami .

 so aku rasa dah terjawab dah persoalan kenapa perempuan mudah sayang orang yang dia kenal . semuanya sebab PERHATIAN dan KASIH SAYANG yang seseorang tu bagi . normal perempuan memang suka ada orang bagi dia teddy bear , coklat , bunga . lagi-lagi dari orang yang dia sayang memang cair la , haha . so sekarang siapa yang perlu dipersalahkan bila hati dah berubah . lu pikir la sendiri 

how to reject a guy nicely

assalamualaikum .
hello peeps !
memandangkan aku agak lama tak update blog so sekarang nie masa untuk berblogging . actually i have nothing to say . cuma nak share je satu blog nie . best ouh . maybe ade orang tak suka and ada orang suka so terpulang dekat individu tu . blog nie pasal love-love euw euw . so siapa yg berminat jela boleh baca . nie blog dia terfaktab.blogspot.com . seriously blog nie memang famous . aku tertarik dekat post dia yang nie HOW TO REJECT A GUY NICELY .

aku percaya mesti ada di antara perempuan yang pernah kena kacau , kena flirt atau kena usya dengan lelaki kan . tak kisah la lelaki tu kau kenal atau tak . lagi-lagi bila dah ada macam-macam kemudahan nie kan . ada twitter , facebook and what so ever . kadang2 ada laki yang macam tak paham bahasa . so nie ada tips


#from terfaktab
Hello hello! Hari ini Amoi-ssi mahu ajar beberapa ayat yang boleh digunakan untuk reject lelaki. Saya rasa bau badan saya mempunyai satu bau "NO BOYS ZONE" lol. I think my pituitary gland already stop working. That's why my body have that kind of smell.

#1 No speaking English or Malay or your mother tongue language.
When a guys asked you out or he just asking about yourself, just reply it in a foreign language *creak creak* . Tengok macam mana dia jawab semula or faham. You will just make him annoying with your no speaking English or Malay. But if he can talk in a foreign language, I think you should reconsider him back. That’s pretty impressive of him.

#2. Giving a Rejection Hotline number.
Did you know there's a Rejection Hotline number you can give? Here the website :p . Or just give him a fake numbers or play around with him when he call you by answering "Hello, ini rumah mayat. Apa yang boleh saya bantu?" lol

#3 Told him you're kpop freak.
This proven working. Indeed I'm a kpop freak. So one day a guy message me through Facebook asking about me etc. You know all the pickup lines. Since I'm in "No Boys Zone" so I told him I'm kpop freak. Since then there's no reply from him. I'm so glad :p

#4 You didn't even pass my Quality Control requirement. You belong at My Reject Shop.
That sentences is sarcastic. Hopefully he can understand sarcastic words. Quality Control list = Type of a guy I want to date.

So. Which one you will choose? keke.

Annyeong

Blogger templates

blog description