Nyata sahabat dan kawan itu berbeza

Nyata sahabat dan kawan itu memang berbeza . Kau tahu apa maksud berbeza ? Maksudnya tak sama .

Bagi aku sahabat akan ada waktu kau memang betul-betul perlukan seseorang . Bagi aku sahabat ialah orang yang paling kau percaya , yang memahami diri kau . Tapi yang paling penting sahabat tak muncul waktu kau senang je tapi sahabat akan ada waktu kau susah . Seorang sahabat takkan biarkan sahabatnya bersedih seorang diri . Bagi aku sahabat jugak seorang yang memberi pendapat yang terbaik untuk sahabatnya .

                                             

Kawan . Aku percaya semua orang ada kawan . siapa yang takde kawan tu memang lifeless gila la . tapi seberapa ramai kawan yang kau ada tu , berapa ramai kawan yang betul-betul jadi sahabat kau ? Kawan ada waktu kita gembira tapi waktu kita sedih , kawan hanya datang bertanya khabar lantas berlari meninggalkan kita .

Bukan aku tak pernah alami . Aku pernah alami benda-benda macam nie . Jadi jika kau punya sahabat , hargailah sahabat kau itu sebaik mungkin . Sebab sahabat sejati sukar dicari so bila dah temui kena hargai .
Aku juga punya sahabat . Aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat .

#actually tak tahu camne nak buat ayat bombastik la and btw friendship doesn't count  miles , its measured by heart :)


Blogger templates

blog description