jika jatuh jangan lupa untuk bangun

setiap orang pernah berasa kecewa kan ? kekecewaan yang begitu melemahkan diri . dan aku yakin setiap orang pernah berasa sedih dan putus harapan . pernah kau berasa begitu kecewa sebab result kau tak begitu memberansangkan seperti kawan-kawan kau yang lain ? kau rasa macam putus asa untuk terus berusaha . pernah kau rasa sedih sangat-sangat sebab orang yang kau begitu sayang , orang yang kau begitu cinta tinggalkan kau macam tu je ? dia langsung tak hargai cinta kau selama ni ? pernah kau rasa kau kehilangan salah seorang atau kedua dua ibu bapa kau ? kau rasa apa ertinya kau terus hidup tetapi ibu atau bapa kau sudah tiada . kau silap . jangan pernah kau rasa berputus asa dengan semua itu .

sebab orang yang kuat ialah orang yang akan bangkit semula apabila dia jatuh . jika result kau tak begitu bagus apa kata kau tekadkan azam untuk terus berusaha pada masa akan datang . apa kata kau buktikan pada semua orang yang kau pun boleh berjaya .

jika kau ditinggalkan oleh orang yang kau sayang , orang yang kau cinta . apa kata kau lawan rasa sakit tu ? kau redha dengan takdir tuhan . sebab Allah nak gantikan dia dengan seseorang yang lebih baik . mungkin masa belum sesuai untuk kau bercinta . ataupun kau layak untuk memiliki seseorang yang lebih baik dari dia . kau jugak kena ingat jika dia jodoh kau , terpisah macam mana pun InsyaAllah korang akan bertemu juga .

jika kau kehilangan ibu bapa kau . apa kata kau teruskan hidup kau seperti biasa . apa kata kau doakan mereka dari kau terus meratapi pemergian mereka ? kalau diaorang masih hidup mesti diaorang nak lihat anak-anak diaorang bahagia kan ? mesti diaorang nak anak-anak diaorang berjaya . apa kata kau tunaikan impian mereka ? kau jadi anak yang berbakti kepada orang tua . sebab apabila kita sudah meninggal dunia maka terputus la semua amalan kita kecuali 3 amalan iaitu doa anak yang soleh , amal jariah dan ilmu yang bermanfaat . jadi berbaktilah kepada kedua orang tua kita walaupun mereka telah meninggal dunia .

aku tahu cakap memang mudah tapi untuk buat semua perkara tu sangat-sangat susah . tapi sekurang-kurangnya kita boleh cuba kan ? jangan berhenti berharap dan yakinlah bahawa perancangan Allah itu hebat.



cara nak tahu lelaki betul-betul sukakan perempuan

assalamualaikum !

hello peeps . so hari ni aku nak share sikit pasal cara nak tahu lelaki betul-betul sukakan perempuan . even macam mengarut tapi percaya la ramai perempuan nak tahu pasal ni . and one of my friends pun pernah tanya soalan macam ni . actually susah juga kite nak teka hati dan perasaan seseorang . ni based on ape yang aku tahu la .

1) kalau lelaki tu betul-betul sukakan perempuan tu dia akan selalu call / mesej perempuan kerap dan selalu . kadang-kadang tu dia takde topik pun nak cakap tapi saja je nak dengar suara korang .

2) dia tahu apa yang korang suka dan apa yang korang minat . aku rasa kalau lelaki tu takde pape perasaan dekat seseorang perempuan tu , buat apa la dieorang nak kisah perempuan tu minat apa dan suka apa . even kadang-kadang ada certain boyfie pun tak tahu apa yang girlfriend dia suka dan minat , inikan pulak kalau lelaki tu takde perasaan langsung kat perempuan tu so how come lelaki tu nak ambil tahu.

3)dia akan kenalkan perempuan tu dekat family dengan kawan-kawan dia . tapi bagi aku family tu macam dah terlalu serius sangat . sebab susah nak jumpa lelaki yang nak kenalkan perempuan tu dekat family dia kalau dia tak serius . kalau kawan tu betul , mungkin dia nak kawan-kawan dia tahu yang dia sukakan perempuan tu .

4)cemburu . dia akan cemburu bila perempuan tu cerita pasal lelaki lain dekat dia . yela mesti dia akan rasa tergugat .

5)dia akan risau bila orang yang dia suka tu sakit .

actually banyak lagi aku nak cerita tapi tak sempat sebab aku pun ade kerja nak buat . next time I'll tell you cara nak tahu lelaki betul-betul sukakan perempuan . 

kelebihan digi easy

assalamualaikum

post aku sebelum ni aku tulis pasal kelebihan dan kekurangan maxis, digi, celcom. tapi untuk kali ni aku nak share sikit pasal kelebihan digi easy ni memandangkan aku dah jadi sebahagian dari pelanggan tetap digi easy ni .


yang bestnye guna digi easy ni which is korang boleh aktifkan 3 number untuk korang call / sms free . sebab nanti bila korang dah aktifkan so korang boleh call/sms free selama 24 jam . maksudnya tak kena charge as long as korang punya nombor tu aktif . maksudnya kena topup la untuk pastikan no korang tu aktif . tapi ade limit jugak la . dia sampai 40 jam macam tu la , lepas 40 jam korang dah guna tu then nanti bila nak call kena charge macam biasa tapi sms still free . bila dah masuk bulan seterusnya baru dia akan free balik .

 so maksudnya korang tak boleh habis limit tula . tapi bagi aku lama kot 40 jam tu . biasanya yang guna digi easy ni sesuai untuk yang ada bf/gf . aku selalu on call sampai tertidur then nanti cukup 45 minit dia akan terpadam sendiri . kredit aku selalu aku boleh guna untuk on internet yela sebab kredit tak berapa guna sangat . cuma guna untuk call mak ngan ayah je . so sesiapa yang nak cuba guna nombor digi easy ni boleh pergi beli dan nikmati sendiri kelebihnnya ok .

Nyata sahabat dan kawan itu berbeza

Nyata sahabat dan kawan itu memang berbeza . Kau tahu apa maksud berbeza ? Maksudnya tak sama .

Bagi aku sahabat akan ada waktu kau memang betul-betul perlukan seseorang . Bagi aku sahabat ialah orang yang paling kau percaya , yang memahami diri kau . Tapi yang paling penting sahabat tak muncul waktu kau senang je tapi sahabat akan ada waktu kau susah . Seorang sahabat takkan biarkan sahabatnya bersedih seorang diri . Bagi aku sahabat jugak seorang yang memberi pendapat yang terbaik untuk sahabatnya .

                                             

Kawan . Aku percaya semua orang ada kawan . siapa yang takde kawan tu memang lifeless gila la . tapi seberapa ramai kawan yang kau ada tu , berapa ramai kawan yang betul-betul jadi sahabat kau ? Kawan ada waktu kita gembira tapi waktu kita sedih , kawan hanya datang bertanya khabar lantas berlari meninggalkan kita .

Bukan aku tak pernah alami . Aku pernah alami benda-benda macam nie . Jadi jika kau punya sahabat , hargailah sahabat kau itu sebaik mungkin . Sebab sahabat sejati sukar dicari so bila dah temui kena hargai .
Aku juga punya sahabat . Aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat .

#actually tak tahu camne nak buat ayat bombastik la and btw friendship doesn't count  miles , its measured by heart :)


doa apabila rindu seseorang

assalammualaikum .

rindu ? setiap orang mempunyai perasaan rindu . tak kisah la rindu kepada keluarga , rindu kepada seseorang yang istimewa dan sebagainya . rasa rindu nie tak salah . yang salahnya cara kita meluahkan rasa rindu tu . kalau rindu dekat family boleh la kita call , jumpa dan sebagainya . tapi biasanya bila kita rindu dekat seseorang yang belum halal buat kita mesti lah kita nak luahkan pada dia dan berharap dia akan rasa rindu kita padanya .


Jika rindu menerjah hati , jika rindu berkunjung di diri maka luahkan perasaan kepada Allah adalah sebaik-baiknya . Apabila kita rindukan seseorang , amalkan la doa Nabi Yusuf kepada Zulaikha supaya dia juga merasai perasaan itu .

                                        “Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada ******** (nama penuh insan tersebut) sehingga aku menjadi kerinduannya…”


kan lebih baik perasaan rindu tu kita luahkan dengan cara yang betul . bayangkan 5 kali setiap hari kita berdoa , mudah-mudahan dia akan rasa kerinduan kita kepadanya . 


cara edit lagu online

ok hari nie aku nak ajar sikit cara nak edit lagu . senang je tak payah nak susah-susah download software . selalunya orang guna software nie sebab nak amik part chorus je sebab nak buat ringtone . dan kebiasaannya lagu tu best and kuat part chorus je . so jom cuba benda nie .
aku dah try buat dah .

1. bukak laman web http://cutmp3.net/
2. klik open mp3 and masukkan korang punya lagu
3. lepas dah upload nanti akan keluar benda nie pulak

lepas tu gerakkan benda yang dalam bulatan merah tu dekat part mana yang korang nak cut . after dah cut nanti save la kat lappy korang

cara guna autolike

assalamualaikum !
whats up people ! ok hari nie aku nak share information sikit pasal autolike . sekarang kan dok kecoh kat facebook cara nak guna autolike and bla , bla , bla . actually autolike nie bukan digunakan untuk menambahkan like status kita . seriously mula-mula aku ingatkan autolike nie digunakan untuk batak hot . haha kelakar bila dengar perkataan tu . sebab ramai buat status cakap pengguna autolike batak hot , batak itu la ini la .


aku dapat tahu yang autolike nie bukan digunakan untuk tambah like bila aku search pasal benda alah nie . tu la lain kali try search dulu baru kita tahu apa yang kita dok marahkan sangat tu .
nie tak marah-marah orang yang guna autolike . biasalah jeles bila tengok orang lain dapat banyak like . aku pun tak faham kenapa la like nie begitu penting bagi pengguna facebook . i think you should try twitter . takyah pening-pening nak carik like . oh lupa sekarang nie dekat twitter , orang dok bising pasal auto follower sebab nak bagi ramai follow . haish macam-macam =='' .

auto like nie orang guna sebab malas nak susah-susah like satu-satu status orang . lagi-lagi yang jenis kaki like kan . ada orang dia tak baca pun apa status yang orang buat tu tapi terus like dengan harapan bila dia buat status , orang yang dia like tu akan like balik status dia .

bagi siapa yang try guna autolike boleh je . try ah bukak laman web nie
http://inoshenthits.tk/

tapi make sure korang dah log in akaun facebook korang la . lepas tu nanti tekan access token . nanti akan kuar nie plak

bila keluar je benda nie then tekan skip ad yang warna kuning dekat atas tu . lepas tu nanti bila dah keluar benda nie

nampak tak yang dah di highlight biru tu ? tulah nanti yang akan di copy dan di paste dekat laman web yang mula-mula tadi tu . lepas tu click enter . nanti bila dah keluar yang nie plak

lepas tu masukkan la id post korang . selamat mencuba !



10 blogger terbaik malaysia

assalamualaikum ! 
mesti ramai orang tertanya-tanya blog siapa yang jadi top 10 kan . well ini mengikut alexia ranking . tapi ranking nie akan berubah dari semasa ke semasa .

Antara 10 Blog Popular Malaysia 2013 adalah:
Global Rank: 13621
Malaysia Rank: 72
Info: Blog berkaitan hiburan dan gosip selebriti-selebriti Malaysia.
Global Rank: 14924
Malaysia Rank: 78
Info: Blog berkaitan berita-berita terkini dari sumber-sumber berita di Malaysia.
Global Rank: 22776
Malaysia Rank: 120
Info: Blog berkaitan hiburan, selebriti dan gosip.
Global Rank: 24734
Malaysia Rank: 121
Info: Blog berkaitan cerita pelik, luar biasa dan serius.
Global Rank: 23912
Malaysia Rank: 126
Info: Blog berkaitan tentang info-info terkini teknologi dan gadget.

Global Rank: 21413
Malaysia Rank: 134
Info: Blog berkaitan info-info terkini dalam dan luar negara.
Global Rank: 25722
Malaysia Rank: 138
Info: Blog berkaitan hiburan, selebriti dan gosip.
Global Rank: 18991
Malaysia Rank: 148
Info: Blog peribadi dan blog yang banyak menyediakan pelbagai peluang buat duit seperti contest kepada blogger.
Global Rank: 36428
Malaysia Rank: 156
Info: Blog berkaitan isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia
Global Rank: 51824
Malaysia Rank: 255
Info: Blog berkaitan politik.

saya dekat sini la (seram)

ayu........bangun ayu.....ayu.....
ayu tersedar dari tidur . dilihat kiri dan kanannya . sunyi sepi . semua rakan-rakannya sedang enak di buai mimpi . ''eh , tadi macam ada orang panggil nama aku . aku mimpi agaknya'' gumam ayu . ayu merebahkan dirinya semula ke atas katil . ayu cuba melelapkan matanya tetapi kali ini begitu sukar untuk ayu tidur semula . dia berpaling ke kiri dan kanan tapi tetap tidak boleh melelapkan mata .

dikerlingnya jam di dinding . tepat pukul 3 pagi . suasana asrama yang sunyi  dan suram menimbulkan rasa tidak enak di hati ayu . sesekali terdengar bunyi salakan anjing . ''aduh , nak terkencing la pulak '' bisik ayu perlahan . ''time-time camnie pulak la nak terkecing'' ayu bermonolog sendirian . digagahkan juga kakinya untuk bangun menapak ke bilik air yang nun jauh di hujung arasnya . dikejutnya seorang demi seorang rakan biliknya . semuanya menunjukkan respon negatif . ''nampaknya aku kena pergi seorang-seorang la nie'' luah ayu kesal .

ayu melangkah setapak demi setapak ke bilik air . dia terpaksa meredah bilik-bilik juniornya yang kosong tidak berpenghuni memandangkan mereka sudah pun pulang untuk bercuti akhir tahun . pelajar yang tinggal cuma mereka yang akan menghadapi peperiksaan spm . ayu gagahkan dirinya untuk terus melangkah . ayu merasakan bilik air tersebut sangat jauh pada malam itu . langkah ayu terhenti apabila dia terpandangkan kelibat putih di salah satu bilik kosong . bulu roma ayu meremang . ayu memberanikan diri untuk memandang ke arah bilik tersebut .

ayu menarik nafas lega apabila kelibat putih tersebut cuma telekung yang di gantung untuk dikeringkan . ''bila dah takut , semua benda nampak menakutkan '' ayu berbisik perlahan . ayu meneruskan langkahnya ke bilik air . suis bilik air dihidupkan . lampu bilik air tersebut berkelip-kelip . ''haish macam-macam hal la malam nie '' luah ayu . ayu melangkah masuk ke bilik air yang pertama . tiba-tiba pintu tandasnya di ketuk . ''ayu , lama lagi tak ?'' suara tersebut bertanya . ''eh macam suara milah'' teka ayu . ''milah eh ? aku dah sudah nie '' pekik  ayu membalas pertanyaan tersebut .

ayu keluar dari tandas . dilihatnya pintu tandas ke dua tertutup . ''milah aku balik dulu ye'' ujar ayu . ''ok''milah membalas . ayu meneruskan langkahnya untuk balik ke bilik . tiba-tiba ayu merasakan bulu tengkuknya meremang . ayu merasakan seperti ada seseorang yang mengekorinya dari belakang . ayu mempercepatkan langkahnya . sampai sahaja di bilik ayu terus merebahkan diri di atas katil . ayu terus membungkuskan dirinya ke dalam selimut . tiba-tiba ayu teringatkan rakan sebiliknya milah . ayu bangun untuk melihat katil  milah . alangkah terkejutnya ayu apabila mendapati milah sedang nyenyak tidur .

''ayu carik siapa ? saya dekat sini la ayu hihihihi '' . ayu tersentak mendengar suara tersebut . dipalingkan mukanya ke arah suara tersebut . ayu begitu terkejut apabila melihat lembaga berbaju putih tidak berkepala sedang bertenggek di atas lokernya . ayu terus tidak sedar apa yang berlaku seterusnya .

penyakit insomnia

assalamualaikum !
hello peeps !

hari nie aku tergerak nak cerita pasal imsomnia la . imsonia nie bagi siapa yang tak tahu ialah penyakit sukar tidur malam . aku bukan nak terangkan pasal penyakit nie sebab korang sendiri boleh search dekat google . aku nak cerita pengalaman sebagai penghidap insomnia .


seriously memang seksa gila bila kena penyakit nie . penyakit nie tak merbahaya sangat pun kecuali la kalau dah betul-betul kronik sampai boleh ganggu rutin harian . yang tak bestnya kena penyakit nie ialah kau susah nak tidur malam . aku start kena benda nie masa form 4 . dah la duduk asrama peh memang seksa la . apa yang seksanya ? meh aku nak habaq mai sikit .

cuba kau bayangkan suasana asrama waktu tengah malam , sunyi sepi lagi-lagi waktu pukul 2 3 pagi tu . and waktu tu pulak kau tak boleh tidur and kau sorang je yang terjaga . even kawan kau kat sebelah pun kau still akan rasa cuak . aku bila suasana dah sunyi sepi waktu malam and aku tak boleh tidur akan membuatkan aku jadi paranoid . paranoid nie fikir yang bukan-bukan . masa tu aku duduk dekat aras gs 1st floor . tu dekat asrama aku . aras tu pulak dah macam-macam orang dengar cerita kena kacau la , itu la ini la . masa pukul 1 aku chill lagi . masuk pukul 2 pukul 3 rasa berdebar-debar sebab memang betul-betul sunyi . time tu jugak la nak dengar macam-macam bunyik . paling ketara sekali bunyi orang jalan , macam jalan ke arah kita tapi tak muncul-muncul . kalau siapa kat tempat aku masa tu mesti rasa nak nangis . pernah sekali tu pukul 5 baru boleh tido . pukul 6 lebih dah kena bangun sebab nak pergi subuh . memang masa tu aku rasa macam nak hantuk kepala kat dinding je sebab tak cukup tidur . seksa nak kena tahan mata pergi kelas sampai pukul 4.30 petang .

tapi disebabkan aku tak tahan , aku try search dekat google doa untuk orang yang tak boleh tidur malam .

maksudnya : Ya Allah , sunyilah semua bintang dan tenanglah semua mata . Dan tuhan yang hidup dan berdiri sendiri . Tuhan tidak mengantuk dan tidak tidur . Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri . Tenangkanlah malam ku ini dan tidurlah mataku .

ayat nie kita tulis atas kertas then masa nak tidur tu baca . kertas tu kita lipat dan letak bawah bantal . Alhamdulillah la memang lepas tu aku berjaya tidur . letak je kepala kat bantal terus rasa nak tidur . takde la terkebil-kebil mata aku pandang syiling . disebabkan roommate aku suka gabung katil masa nak tidur sebab asrama kitaorang satu bilik 4 katil . malam tu aku tak jadi nak gabung katil sebab aku pun dah senang nak tidur . alih-alih aku tersedar roommate aku kena marah dengan warden sebab ubah susunan katil . masa tu aku terselamat la dari kena marah hihi .

bila naik form 5 tukar bilik baru , mula la aku start tak boleh tidur lagi . bila dekat rumah aku tak kesah sebab aku boleh tengok cerita korea sampai aku ngantuk . pernah masa one day tu aku dengan roommate aku gabung empat-empat katil sekali . aku tidur tengah la sebab aku tak suka tidur tepi . kawan-kawan aku pun dah faham yang aku nie memang penakut yang amat sebab selalu tak boleh tidur malam . malam tu malam yang tenang je aku rasa . so disebabkan malam tu malam yang tenang , aku pun rasa senang je nak tidur . tiba-tiba masa pukul 2 lebih kowt tiba-tiba kawan aku yang paling tepi sekali , sebelah aku la tiba-tiba dia menjerit ''Allahuakbar!'' then dia melompat kat sebelah aku . masa tu aku dah nak terlena dah tiba-tiba dia menjerit , terkejut aku . aku tanya dia ''kau kenapa nie farhana ?'' . dia pun dengan cuak nya cakap ''aku rasa ada rambut panjang kat atas kepala aku '' . mula -mula aku chillex je . cool je la . aku cakap ngan dia ala takde pape tu . dia pun mintak aku tidur tepi sekali .

tiba-tiba aku rasa cuak semacam je . dah la aku kena tidur tepi sekali . peh memang mata tu tak boleh nak lelap . last-last aku pergi tidur bilik sebelah . huh memang susah la ada penyakit insomnia nie . aku rasa disebabkan aku ada penyakit insomnia nie la aku kena kacau . tapi takde la teruk sangat pun . kalau nak cerita pengalaman kena kacau tu memang panjang arh . so bagi sesiapa yang ada penyakit insomnia tu try ah amalkan ayat tu . InsyaAllah berkesan . goodluck baby 

don't promise me forever



credit: don't promise me forever-dean walley
zackzukhairi.blogspot.com
















kelebihan dan kekurangan maxis , celcom , digi

assalamualaikum !

hari nie aku nak cakap mengenai tajuk di atas . ada orang still confius sama ada nak guna celcom , maxis atau digi . aku terlintas nak tulis pasal entry nie sebab ada one of my friend yang tanya apa kelebihan digi dan celcom sebab dia tak tahu sama ada nak pilih digi atau celcom .



ok now jom kita cakap mengenai MAXIS/HOTLINK .
sekarang nie aku guna maxis . dah dekat 5 tahun dah aku guna maxis . kebanyakkan orang guna maxis sebab 98% kawan-kawan diaorang termasuk aku guna maxis . walaupun maxis kadang-kadang tarik duit orang tapi still orang guna maxis . kelebihan maxis nie ialah kita akan dapat free call sebagai bonus hari jadi .tapi satu hari jela . maxis sekarang boleh buat panggilan RM1 satu jam dengan menggunakan 131 , kalau kita tak topup selama sebulan pun dia takkan batalkan number kita . tapi keburukan maxis nie , sim kad akan suddenly rosak . aku dah 2 kali tukar number sebab simkad rosak .

ok sekarang CELCOM .
aku guna 2 number . maxis dengan celcom . tapi celcom nie kena pandai pilih plan . ada plan SOX , UOX , CELCOM BLUE dengan X2 . sebenarnya ada lagi plan celcom nie . korang kena pandai pilih la . kalau siapa yang guna celcom blue , celcom blue nie mahal sebab ayah aku pernah guna . mesej mahal , call pun mahal . kalau nak jimat guna SOX atau UOX . SOX nie untuk pelajar sebab tu murah . kita topup RM10 boleh tahan sampai sebulan . kalau call sama talian iaitu celcom ke celcom seriously memang murah . paling tak best guna pelan X2 sebab sekarang nie aku guna plan X2 . yang tak bestnya kalau topup RM5 boleh tahan selama 3 hari je . lepas tu dah expired . tapi plan X2 nie kalau call orang memang murah . tak kesah la sama talian atau tak . kalau mesej pun cuma 1 sen je . tapi celcom pun kadang-kadang telan duit orang tanpa pemberitahuan . tapi faktor orang ramai pakai celcom adalah disebabkan faktor kawan-kawan dan keluarga . tapi lagi murah pakai celcom berbanding maxis . lagi satu celcom nie syarikat orang melayu tau .

ok sekarang DIGI pulak
actually aku tak pernah pakai digi pun tapi aku memang nak try pakai digi . aku tahu mengenai digi nie pun sebab tanya kawan-kawan yang pakai digi . bagi aku digi nie memang ok tapi aku pelik kenapa tak ramai yang pakai digi . bagi siapa yang guna digi easy nie memang best . apa yang best nya digi easy nie ialah panggilan percuma kepada Buddynya .apa yang korang perlu buat ialah pilih tiga orang buddy dan aktifkan number diaorang dan pastikan number korang tu aktif untuk buat panggilan . korang boleh mesej , call dan buat panggilan video secara percuma dekat 3 orang buddy nie . tapi korang kena reload 10 hari sekali RM10 . tapi digi easy nie pun ada kelemahan gak which is panggilan suara ke number selain buddy mahal . selain tu , panggilan akan terputus setiap kali 45 minit . selain tu gak korang kena reload setiap 10 hari untuk kekal aktif . bagi siapa yang suka guna internet , baik guna digi prepaid smart plan sebab jimat . cuma kelemahan digi nie selalu takde line bila dekat kawasan pedalaman atau kampung .

so mungkin ada yang bersetuju dan mungkin ada yang tak berstuju dengan apa yang aku cakap nie tapi terpulang dekat individu tu untuk buat keputusan . pandai-pandailah buat pilihan ok . 

kenapa perempuan cepat sayang orang yang baru dia kenal

well mesti pelik gila kan dengan tajuk entry tu . ok actually takde orang kisah pun . aku tulis entry nie pun sebab ada orang tanya soalan camtu dekat aku . bila nak jawab sesuatu soalan tu kena pikir panjang-panjang dulu sebab susah nak bagi jawapan spontan kan .

actually kan tak semua perempuan macam tu tau . yela mesti ada sebab kenapa hati seseorang tu berubah kan . selalunya benda nie happen bila perempuan tu dah couple / bercinta dengan laki tu lebih dari 3 tahun . aku cakap nie based on pengalaman . bukan aku la sebab aku tak pernah bercinta sampai 3 tahun nie haha .

dah 3 orang dah aku jumpa tau jadi cam nie . selalunya bila dah 3 tahun bercinta then putus , aku tengok lelaki yang susah nak lupakan perempuan . ada yang sampai merana kowt . tapi biasalah manusia . bila time orang tu ada dia taknak hargai bila orang tu dah blah baru nak sedih-sedih . 3 orang lelaki yang aku kenal and tiga-tiga tu alami benda yang sama .

 contoh seorang kawan aku nie , ex dia tu dah dua kali couple putus tapi dia still tak boleh lupakan that girl . dulu masa tengah bercinta , awek dia tu dia maki-maki , dia ego , dia tak ambik berat . biasalah lelaki bila dah masuk comfort zone , diorang dah tak excited macam masa mula-mula bercinta dulu . lepas awek dia blah baru nak menyesal . biasalah perempuan , bila ada orang yang lebih sayangkan dia , lebih ambil berat , lebih bagi perhatian memang la hati dia akan berubah .

dari dia dok makan hati dengan pakwe dia tu , baik dia pilih orang yang lebih prihatin dekat dia .
contoh abang aku . dia dah bercinta dengan awek dia 3 tahun lebih . bila dah masuk comfort zone dia macam dah tak kesah dengan awek dia tu . bila perempuan tu call , text , dia rasa macam malas nak reply . tapi bila ade lelaki yang baik hati nak topupkan gf dia tu tahu pulak dia melenting macam orang hilang akai .
dah tu kau kedekut sangat . dulu bukan main lagi sayang sampai mati . belum dapat mulut manis je . bila dah lama-lama bosan . aku cakap la kalau gf dia tu dah ade boyfriend lain , kau pun pergi la carik gf lain . dia taknak pulak sebab dia kata tak sama . susah nak carik perempuan yang memahami .

 so aku rasa dah terjawab dah persoalan kenapa perempuan mudah sayang orang yang dia kenal . semuanya sebab PERHATIAN dan KASIH SAYANG yang seseorang tu bagi . normal perempuan memang suka ada orang bagi dia teddy bear , coklat , bunga . lagi-lagi dari orang yang dia sayang memang cair la , haha . so sekarang siapa yang perlu dipersalahkan bila hati dah berubah . lu pikir la sendiri 

how to reject a guy nicely

assalamualaikum .
hello peeps !
memandangkan aku agak lama tak update blog so sekarang nie masa untuk berblogging . actually i have nothing to say . cuma nak share je satu blog nie . best ouh . maybe ade orang tak suka and ada orang suka so terpulang dekat individu tu . blog nie pasal love-love euw euw . so siapa yg berminat jela boleh baca . nie blog dia terfaktab.blogspot.com . seriously blog nie memang famous . aku tertarik dekat post dia yang nie HOW TO REJECT A GUY NICELY .

aku percaya mesti ada di antara perempuan yang pernah kena kacau , kena flirt atau kena usya dengan lelaki kan . tak kisah la lelaki tu kau kenal atau tak . lagi-lagi bila dah ada macam-macam kemudahan nie kan . ada twitter , facebook and what so ever . kadang2 ada laki yang macam tak paham bahasa . so nie ada tips


#from terfaktab
Hello hello! Hari ini Amoi-ssi mahu ajar beberapa ayat yang boleh digunakan untuk reject lelaki. Saya rasa bau badan saya mempunyai satu bau "NO BOYS ZONE" lol. I think my pituitary gland already stop working. That's why my body have that kind of smell.

#1 No speaking English or Malay or your mother tongue language.
When a guys asked you out or he just asking about yourself, just reply it in a foreign language *creak creak* . Tengok macam mana dia jawab semula or faham. You will just make him annoying with your no speaking English or Malay. But if he can talk in a foreign language, I think you should reconsider him back. That’s pretty impressive of him.

#2. Giving a Rejection Hotline number.
Did you know there's a Rejection Hotline number you can give? Here the website :p . Or just give him a fake numbers or play around with him when he call you by answering "Hello, ini rumah mayat. Apa yang boleh saya bantu?" lol

#3 Told him you're kpop freak.
This proven working. Indeed I'm a kpop freak. So one day a guy message me through Facebook asking about me etc. You know all the pickup lines. Since I'm in "No Boys Zone" so I told him I'm kpop freak. Since then there's no reply from him. I'm so glad :p

#4 You didn't even pass my Quality Control requirement. You belong at My Reject Shop.
That sentences is sarcastic. Hopefully he can understand sarcastic words. Quality Control list = Type of a guy I want to date.

So. Which one you will choose? keke.

Annyeong

Blogger templates

blog description