bila kita ditimpa musibah barulah kita akan mula mendongak.

Hari ini aku tergerak nak bercerita tentang kisah seorang pemuda dengan duit syiling.

wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen . Melihat logam kecil itu ,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja .

tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya . Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh darinya . Dia toleh ke kiri dan kanan ddan sekelilingnya . tiada siapa yang berdekatan dengannya.

Sekali lagi dia mengambil syiling itu dan simpan dalam koceknya . tak lama kemudian lelaki tu nampak lagi duit syiling , pun sama terus diambilnya.

''Rezeki aku'' kata dia dalam hati .Lelaki itu tak sedar sebenarnya syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunannya.

Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya . Puas ketuanya menjerit dari aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yang berada di aras paling bawah sekali.

Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut . Banyak kali dipanggil tak didengar olehnya.

Dek kerana itu,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.


Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.Namun begitu,pekerjanya itu masih jugak tak dengar.


Sayangnya, sehingga habis wang syiling ketuanya itu dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.


Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.


Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.lelaki tu mendongak atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang terkena dia tadi.


Selepas mendongak atas,Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.


Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (nikmat ), sebagai rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita.


Tetapi, acap kali kita lalai utk ‘mendongak’ ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan kata syukur


Allah memberi kit ‘nikmat’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya


Tetapi terkadang kita lupa untuk mensyukuri segala nikmat yang kita ada,nikmat kesihatan,nikmat kekayaan,segala yang kita ada sekarang ni.


Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,bila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian pekerjanya itu,


Ketuanya lalu jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan kepada pekerjanya.


Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan untuk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita




Kalau anda perasan,bila kita sakit.Kita seringkali menyebut nama الله,seringkali mencari الله berbanding mencari & memanggil ibubapa sendiri

Blogger templates

blog description