saya dekat sini la (seram)

ayu........bangun ayu.....ayu.....
ayu tersedar dari tidur . dilihat kiri dan kanannya . sunyi sepi . semua rakan-rakannya sedang enak di buai mimpi . ''eh , tadi macam ada orang panggil nama aku . aku mimpi agaknya'' gumam ayu . ayu merebahkan dirinya semula ke atas katil . ayu cuba melelapkan matanya tetapi kali ini begitu sukar untuk ayu tidur semula . dia berpaling ke kiri dan kanan tapi tetap tidak boleh melelapkan mata .

dikerlingnya jam di dinding . tepat pukul 3 pagi . suasana asrama yang sunyi  dan suram menimbulkan rasa tidak enak di hati ayu . sesekali terdengar bunyi salakan anjing . ''aduh , nak terkencing la pulak '' bisik ayu perlahan . ''time-time camnie pulak la nak terkecing'' ayu bermonolog sendirian . digagahkan juga kakinya untuk bangun menapak ke bilik air yang nun jauh di hujung arasnya . dikejutnya seorang demi seorang rakan biliknya . semuanya menunjukkan respon negatif . ''nampaknya aku kena pergi seorang-seorang la nie'' luah ayu kesal .

ayu melangkah setapak demi setapak ke bilik air . dia terpaksa meredah bilik-bilik juniornya yang kosong tidak berpenghuni memandangkan mereka sudah pun pulang untuk bercuti akhir tahun . pelajar yang tinggal cuma mereka yang akan menghadapi peperiksaan spm . ayu gagahkan dirinya untuk terus melangkah . ayu merasakan bilik air tersebut sangat jauh pada malam itu . langkah ayu terhenti apabila dia terpandangkan kelibat putih di salah satu bilik kosong . bulu roma ayu meremang . ayu memberanikan diri untuk memandang ke arah bilik tersebut .

ayu menarik nafas lega apabila kelibat putih tersebut cuma telekung yang di gantung untuk dikeringkan . ''bila dah takut , semua benda nampak menakutkan '' ayu berbisik perlahan . ayu meneruskan langkahnya ke bilik air . suis bilik air dihidupkan . lampu bilik air tersebut berkelip-kelip . ''haish macam-macam hal la malam nie '' luah ayu . ayu melangkah masuk ke bilik air yang pertama . tiba-tiba pintu tandasnya di ketuk . ''ayu , lama lagi tak ?'' suara tersebut bertanya . ''eh macam suara milah'' teka ayu . ''milah eh ? aku dah sudah nie '' pekik  ayu membalas pertanyaan tersebut .

ayu keluar dari tandas . dilihatnya pintu tandas ke dua tertutup . ''milah aku balik dulu ye'' ujar ayu . ''ok''milah membalas . ayu meneruskan langkahnya untuk balik ke bilik . tiba-tiba ayu merasakan bulu tengkuknya meremang . ayu merasakan seperti ada seseorang yang mengekorinya dari belakang . ayu mempercepatkan langkahnya . sampai sahaja di bilik ayu terus merebahkan diri di atas katil . ayu terus membungkuskan dirinya ke dalam selimut . tiba-tiba ayu teringatkan rakan sebiliknya milah . ayu bangun untuk melihat katil  milah . alangkah terkejutnya ayu apabila mendapati milah sedang nyenyak tidur .

''ayu carik siapa ? saya dekat sini la ayu hihihihi '' . ayu tersentak mendengar suara tersebut . dipalingkan mukanya ke arah suara tersebut . ayu begitu terkejut apabila melihat lembaga berbaju putih tidak berkepala sedang bertenggek di atas lokernya . ayu terus tidak sedar apa yang berlaku seterusnya .

2 comments:

Blogger templates

blog description