jika jatuh jangan lupa untuk bangun

setiap orang pernah berasa kecewa kan ? kekecewaan yang begitu melemahkan diri . dan aku yakin setiap orang pernah berasa sedih dan putus harapan . pernah kau berasa begitu kecewa sebab result kau tak begitu memberansangkan seperti kawan-kawan kau yang lain ? kau rasa macam putus asa untuk terus berusaha . pernah kau rasa sedih sangat-sangat sebab orang yang kau begitu sayang , orang yang kau begitu cinta tinggalkan kau macam tu je ? dia langsung tak hargai cinta kau selama ni ? pernah kau rasa kau kehilangan salah seorang atau kedua dua ibu bapa kau ? kau rasa apa ertinya kau terus hidup tetapi ibu atau bapa kau sudah tiada . kau silap . jangan pernah kau rasa berputus asa dengan semua itu .

sebab orang yang kuat ialah orang yang akan bangkit semula apabila dia jatuh . jika result kau tak begitu bagus apa kata kau tekadkan azam untuk terus berusaha pada masa akan datang . apa kata kau buktikan pada semua orang yang kau pun boleh berjaya .

jika kau ditinggalkan oleh orang yang kau sayang , orang yang kau cinta . apa kata kau lawan rasa sakit tu ? kau redha dengan takdir tuhan . sebab Allah nak gantikan dia dengan seseorang yang lebih baik . mungkin masa belum sesuai untuk kau bercinta . ataupun kau layak untuk memiliki seseorang yang lebih baik dari dia . kau jugak kena ingat jika dia jodoh kau , terpisah macam mana pun InsyaAllah korang akan bertemu juga .

jika kau kehilangan ibu bapa kau . apa kata kau teruskan hidup kau seperti biasa . apa kata kau doakan mereka dari kau terus meratapi pemergian mereka ? kalau diaorang masih hidup mesti diaorang nak lihat anak-anak diaorang bahagia kan ? mesti diaorang nak anak-anak diaorang berjaya . apa kata kau tunaikan impian mereka ? kau jadi anak yang berbakti kepada orang tua . sebab apabila kita sudah meninggal dunia maka terputus la semua amalan kita kecuali 3 amalan iaitu doa anak yang soleh , amal jariah dan ilmu yang bermanfaat . jadi berbaktilah kepada kedua orang tua kita walaupun mereka telah meninggal dunia .

aku tahu cakap memang mudah tapi untuk buat semua perkara tu sangat-sangat susah . tapi sekurang-kurangnya kita boleh cuba kan ? jangan berhenti berharap dan yakinlah bahawa perancangan Allah itu hebat.



Blogger templates

blog description