doa apabila rindu seseorang

assalammualaikum .

rindu ? setiap orang mempunyai perasaan rindu . tak kisah la rindu kepada keluarga , rindu kepada seseorang yang istimewa dan sebagainya . rasa rindu nie tak salah . yang salahnya cara kita meluahkan rasa rindu tu . kalau rindu dekat family boleh la kita call , jumpa dan sebagainya . tapi biasanya bila kita rindu dekat seseorang yang belum halal buat kita mesti lah kita nak luahkan pada dia dan berharap dia akan rasa rindu kita padanya .


Jika rindu menerjah hati , jika rindu berkunjung di diri maka luahkan perasaan kepada Allah adalah sebaik-baiknya . Apabila kita rindukan seseorang , amalkan la doa Nabi Yusuf kepada Zulaikha supaya dia juga merasai perasaan itu .

                                        “Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada ******** (nama penuh insan tersebut) sehingga aku menjadi kerinduannya…”


kan lebih baik perasaan rindu tu kita luahkan dengan cara yang betul . bayangkan 5 kali setiap hari kita berdoa , mudah-mudahan dia akan rasa kerinduan kita kepadanya . 


cara edit lagu online

ok hari nie aku nak ajar sikit cara nak edit lagu . senang je tak payah nak susah-susah download software . selalunya orang guna software nie sebab nak amik part chorus je sebab nak buat ringtone . dan kebiasaannya lagu tu best and kuat part chorus je . so jom cuba benda nie .
aku dah try buat dah .

1. bukak laman web http://cutmp3.net/
2. klik open mp3 and masukkan korang punya lagu
3. lepas dah upload nanti akan keluar benda nie pulak

lepas tu gerakkan benda yang dalam bulatan merah tu dekat part mana yang korang nak cut . after dah cut nanti save la kat lappy korang

cara guna autolike

assalamualaikum !
whats up people ! ok hari nie aku nak share information sikit pasal autolike . sekarang kan dok kecoh kat facebook cara nak guna autolike and bla , bla , bla . actually autolike nie bukan digunakan untuk menambahkan like status kita . seriously mula-mula aku ingatkan autolike nie digunakan untuk batak hot . haha kelakar bila dengar perkataan tu . sebab ramai buat status cakap pengguna autolike batak hot , batak itu la ini la .


aku dapat tahu yang autolike nie bukan digunakan untuk tambah like bila aku search pasal benda alah nie . tu la lain kali try search dulu baru kita tahu apa yang kita dok marahkan sangat tu .
nie tak marah-marah orang yang guna autolike . biasalah jeles bila tengok orang lain dapat banyak like . aku pun tak faham kenapa la like nie begitu penting bagi pengguna facebook . i think you should try twitter . takyah pening-pening nak carik like . oh lupa sekarang nie dekat twitter , orang dok bising pasal auto follower sebab nak bagi ramai follow . haish macam-macam =='' .

auto like nie orang guna sebab malas nak susah-susah like satu-satu status orang . lagi-lagi yang jenis kaki like kan . ada orang dia tak baca pun apa status yang orang buat tu tapi terus like dengan harapan bila dia buat status , orang yang dia like tu akan like balik status dia .

bagi siapa yang try guna autolike boleh je . try ah bukak laman web nie
http://inoshenthits.tk/

tapi make sure korang dah log in akaun facebook korang la . lepas tu nanti tekan access token . nanti akan kuar nie plak

bila keluar je benda nie then tekan skip ad yang warna kuning dekat atas tu . lepas tu nanti bila dah keluar benda nie

nampak tak yang dah di highlight biru tu ? tulah nanti yang akan di copy dan di paste dekat laman web yang mula-mula tadi tu . lepas tu click enter . nanti bila dah keluar yang nie plak

lepas tu masukkan la id post korang . selamat mencuba !



10 blogger terbaik malaysia

assalamualaikum ! 
mesti ramai orang tertanya-tanya blog siapa yang jadi top 10 kan . well ini mengikut alexia ranking . tapi ranking nie akan berubah dari semasa ke semasa .

Antara 10 Blog Popular Malaysia 2013 adalah:
Global Rank: 13621
Malaysia Rank: 72
Info: Blog berkaitan hiburan dan gosip selebriti-selebriti Malaysia.
Global Rank: 14924
Malaysia Rank: 78
Info: Blog berkaitan berita-berita terkini dari sumber-sumber berita di Malaysia.
Global Rank: 22776
Malaysia Rank: 120
Info: Blog berkaitan hiburan, selebriti dan gosip.
Global Rank: 24734
Malaysia Rank: 121
Info: Blog berkaitan cerita pelik, luar biasa dan serius.
Global Rank: 23912
Malaysia Rank: 126
Info: Blog berkaitan tentang info-info terkini teknologi dan gadget.

Global Rank: 21413
Malaysia Rank: 134
Info: Blog berkaitan info-info terkini dalam dan luar negara.
Global Rank: 25722
Malaysia Rank: 138
Info: Blog berkaitan hiburan, selebriti dan gosip.
Global Rank: 18991
Malaysia Rank: 148
Info: Blog peribadi dan blog yang banyak menyediakan pelbagai peluang buat duit seperti contest kepada blogger.
Global Rank: 36428
Malaysia Rank: 156
Info: Blog berkaitan isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia
Global Rank: 51824
Malaysia Rank: 255
Info: Blog berkaitan politik.

saya dekat sini la (seram)

ayu........bangun ayu.....ayu.....
ayu tersedar dari tidur . dilihat kiri dan kanannya . sunyi sepi . semua rakan-rakannya sedang enak di buai mimpi . ''eh , tadi macam ada orang panggil nama aku . aku mimpi agaknya'' gumam ayu . ayu merebahkan dirinya semula ke atas katil . ayu cuba melelapkan matanya tetapi kali ini begitu sukar untuk ayu tidur semula . dia berpaling ke kiri dan kanan tapi tetap tidak boleh melelapkan mata .

dikerlingnya jam di dinding . tepat pukul 3 pagi . suasana asrama yang sunyi  dan suram menimbulkan rasa tidak enak di hati ayu . sesekali terdengar bunyi salakan anjing . ''aduh , nak terkencing la pulak '' bisik ayu perlahan . ''time-time camnie pulak la nak terkecing'' ayu bermonolog sendirian . digagahkan juga kakinya untuk bangun menapak ke bilik air yang nun jauh di hujung arasnya . dikejutnya seorang demi seorang rakan biliknya . semuanya menunjukkan respon negatif . ''nampaknya aku kena pergi seorang-seorang la nie'' luah ayu kesal .

ayu melangkah setapak demi setapak ke bilik air . dia terpaksa meredah bilik-bilik juniornya yang kosong tidak berpenghuni memandangkan mereka sudah pun pulang untuk bercuti akhir tahun . pelajar yang tinggal cuma mereka yang akan menghadapi peperiksaan spm . ayu gagahkan dirinya untuk terus melangkah . ayu merasakan bilik air tersebut sangat jauh pada malam itu . langkah ayu terhenti apabila dia terpandangkan kelibat putih di salah satu bilik kosong . bulu roma ayu meremang . ayu memberanikan diri untuk memandang ke arah bilik tersebut .

ayu menarik nafas lega apabila kelibat putih tersebut cuma telekung yang di gantung untuk dikeringkan . ''bila dah takut , semua benda nampak menakutkan '' ayu berbisik perlahan . ayu meneruskan langkahnya ke bilik air . suis bilik air dihidupkan . lampu bilik air tersebut berkelip-kelip . ''haish macam-macam hal la malam nie '' luah ayu . ayu melangkah masuk ke bilik air yang pertama . tiba-tiba pintu tandasnya di ketuk . ''ayu , lama lagi tak ?'' suara tersebut bertanya . ''eh macam suara milah'' teka ayu . ''milah eh ? aku dah sudah nie '' pekik  ayu membalas pertanyaan tersebut .

ayu keluar dari tandas . dilihatnya pintu tandas ke dua tertutup . ''milah aku balik dulu ye'' ujar ayu . ''ok''milah membalas . ayu meneruskan langkahnya untuk balik ke bilik . tiba-tiba ayu merasakan bulu tengkuknya meremang . ayu merasakan seperti ada seseorang yang mengekorinya dari belakang . ayu mempercepatkan langkahnya . sampai sahaja di bilik ayu terus merebahkan diri di atas katil . ayu terus membungkuskan dirinya ke dalam selimut . tiba-tiba ayu teringatkan rakan sebiliknya milah . ayu bangun untuk melihat katil  milah . alangkah terkejutnya ayu apabila mendapati milah sedang nyenyak tidur .

''ayu carik siapa ? saya dekat sini la ayu hihihihi '' . ayu tersentak mendengar suara tersebut . dipalingkan mukanya ke arah suara tersebut . ayu begitu terkejut apabila melihat lembaga berbaju putih tidak berkepala sedang bertenggek di atas lokernya . ayu terus tidak sedar apa yang berlaku seterusnya .

Blogger templates

blog description