kenapa perempuan cepat sayang orang yang baru dia kenal

well mesti pelik gila kan dengan tajuk entry tu . ok actually takde orang kisah pun . aku tulis entry nie pun sebab ada orang tanya soalan camtu dekat aku . bila nak jawab sesuatu soalan tu kena pikir panjang-panjang dulu sebab susah nak bagi jawapan spontan kan .

actually kan tak semua perempuan macam tu tau . yela mesti ada sebab kenapa hati seseorang tu berubah kan . selalunya benda nie happen bila perempuan tu dah couple / bercinta dengan laki tu lebih dari 3 tahun . aku cakap nie based on pengalaman . bukan aku la sebab aku tak pernah bercinta sampai 3 tahun nie haha .

dah 3 orang dah aku jumpa tau jadi cam nie . selalunya bila dah 3 tahun bercinta then putus , aku tengok lelaki yang susah nak lupakan perempuan . ada yang sampai merana kowt . tapi biasalah manusia . bila time orang tu ada dia taknak hargai bila orang tu dah blah baru nak sedih-sedih . 3 orang lelaki yang aku kenal and tiga-tiga tu alami benda yang sama .

 contoh seorang kawan aku nie , ex dia tu dah dua kali couple putus tapi dia still tak boleh lupakan that girl . dulu masa tengah bercinta , awek dia tu dia maki-maki , dia ego , dia tak ambik berat . biasalah lelaki bila dah masuk comfort zone , diorang dah tak excited macam masa mula-mula bercinta dulu . lepas awek dia blah baru nak menyesal . biasalah perempuan , bila ada orang yang lebih sayangkan dia , lebih ambil berat , lebih bagi perhatian memang la hati dia akan berubah .

dari dia dok makan hati dengan pakwe dia tu , baik dia pilih orang yang lebih prihatin dekat dia .
contoh abang aku . dia dah bercinta dengan awek dia 3 tahun lebih . bila dah masuk comfort zone dia macam dah tak kesah dengan awek dia tu . bila perempuan tu call , text , dia rasa macam malas nak reply . tapi bila ade lelaki yang baik hati nak topupkan gf dia tu tahu pulak dia melenting macam orang hilang akai .
dah tu kau kedekut sangat . dulu bukan main lagi sayang sampai mati . belum dapat mulut manis je . bila dah lama-lama bosan . aku cakap la kalau gf dia tu dah ade boyfriend lain , kau pun pergi la carik gf lain . dia taknak pulak sebab dia kata tak sama . susah nak carik perempuan yang memahami .

 so aku rasa dah terjawab dah persoalan kenapa perempuan mudah sayang orang yang dia kenal . semuanya sebab PERHATIAN dan KASIH SAYANG yang seseorang tu bagi . normal perempuan memang suka ada orang bagi dia teddy bear , coklat , bunga . lagi-lagi dari orang yang dia sayang memang cair la , haha . so sekarang siapa yang perlu dipersalahkan bila hati dah berubah . lu pikir la sendiri 

15 comments:

  1. Betul sgt2... Sy setuju...

    ReplyDelete
  2. Btl sgt2...sy setuju

    ReplyDelete
  3. Mmg terjadi pada aku skrg..btw redho sbb mmg salah sndri..

    ReplyDelete
  4. aku masuk je tiga tahun. terus dia berubah. baru je jadi. aku bukan saja nak berjauh dari dia. tp aku terpaksa. dia kata sanggup tunggu aku balik. tp tahu2 dia dah ada lelaki lain. knp dia tipu aku, kata xda lelaki lain. aku x pernah ada perempuan lain selain dia. tiap2 hari dia tuduh aku ada perempuan lain. padahal dia yg ada lelaki lain. aku nampak depan mata aku jelas dia mesra dgan laki tu. aku terima walau sakit. aku doa agar Allah beri jalan yg terbaik pada dia. aku xnak dia rosak. sbab aku masih syg dia.

    mmang betul susah nak lupakan. aku dah cuba. mmang susah. dan dia mudah melupakan aku.

    ReplyDelete
  5. skrg dia jauhkn diri dari aku..sebab dia nk fokus bljar..nk ambl exam..

    ReplyDelete
  6. pastu aku datang ceriakan hidup dia , aku dah cintan abis dah nie...bf dia datang balik , maka aku la yg kena campak atas alasan aku terlalu baek utk dia . baru aku paham dia nak orang yg jahat kot atau terlalu baek tu alasan x nak aku langsung...ok bai

    ReplyDelete
  7. Setiap kali gadoh, aku yg kena mengalah. Dua tahun ni aku je yg mengalah. Skrg aku da tawar hati. So salah aku jugak ke kalw tglkan dia..

    ReplyDelete
  8. knp masa mula mula jer laki ni beria ria nak kat kita?? jd ape y di perkatankan tu memg betul ..aku nie makan ati jer padahal bru jer lagi couple gan dia..dan dia myebab kan aku jdi dah slow slow tawar aty kat dia...mula dia len skrg dia len ..sedih beb.. aku pent sgt skrg nie..aku just arap dia cinta terakhir aku tapi aku xpasti ia akn menghampakan atau btl dia jodoh aku...

    ReplyDelete
  9. sy seorng lelaki n sy pown prnah alami.. memng blh jadi gila.. haha.. tp sy brsyukur krna ALLAH masih sygkn sy.. lps ap yg dh jadi sy mula nmpk spa yg sptutnya kyta lbhkn.. sbagai seorng anak.. syurga dibawah tapak kaki ibu.. bru sy sedar bila sy sush or senang.. spa yg ad? dry kecil smpi la besr spa yg ad? mnusia sush nk nmpk slh sndry xkra boy or gurl.. jgn la kita menunding jari sedng kita xsedr atas kspln kita.. yang baik datng dari ALLAH.. yang buruk datng dry kyta sndry..

    ReplyDelete
  10. Aku pun alami benda yang sama, lagi dahsyat pasal aku dan gf aku dah berkahwin, lebih dari 10 tahun. Aku buat kesilapan yang sama, tak sensirif terhadap perasaannya, sekarang aku dah sedar salah aku, dah minta maaf sama dia. Jangan main-main dengan hati perempuan. Isteriku permah menumpang kasih dengan lelaki lain tapi dah putus kerana laki-laki itu pengikis, beri cinta untuk dapat wang. Sekarang isteri aku dah tak cintakan aku lagi, walaupun aku dah minta maaf. Kenapa hati perempuan begitu keras ya? Dia minta aku lepaskan dia untuk cari kebahagiaan baru tapi aku tak nak, aku sayangkan isteri aku dan anak-anak aku yang comel-comel itu.Hari-hari aku terpaksa mengalah demi menjaga perasaannya yang dah melampau aku rasa sedangkan dia hari-hari cakap " i not love u anymore" Aku pasrah!

    ReplyDelete
  11. Aku pernah bercinta tp hanya lima bulan 18 hari,rasa kecewa sgt sbb singkat masanya.hati alu dah tertutup utk terima mana2 perempuan lps aku kena dump.perempuan tu baik sgt.aku pasrah klu tak ada jodoh kt dunia,kt syurga aku tunggu

    ReplyDelete
  12. yup. akhirnya aku jumpa jawapan kenapa aku berubah hati, setelah setahun bercinta. PERHATIAN & KASIH SAYANG yang hilang tak macam awal2 bercinta. kalau dulu, hari2 call mesej. sekarang? seminggu sekali mesej? itupun aku yang mesej. bagi salam pun kena bluetick, ape kau rasa?
    .
    dapat lak jumpa yang memang ada depan mata, lagi ambik berat, lagi berani utk ke step seterusnya (perkahwinan).
    ya, akhirnya aku jumpa jawapannya.
    .
    selama ni aku rasa bersalah sebab aku macam mempermainkan dia, sebab aku berubah hati. rupanya bukan salah aku je, salah dia jugak.
    .
    apapun, doakan yg terbaik utk aku dan pasangan aku sekarang utk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.
    Amiin..

    ReplyDelete

Blogger templates

blog description